Saturday, 26 January 2013

Panduan Solat Sunat Tahajjud

APA ITU SOLAT TAHAJJUD DAN DALIL YANG MENSYARI’ATKANNYA
Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat Tahajjud. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud :
Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud). - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Shiyam, no: 1163.
            
 Tahajjud terbentuk dari kata dasar hajjada yang bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Maka kata tahajjadtu bermaksud saya telah membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya.

Dalil disyariatkan solat Tahajjud ini adalah sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud :
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - al-Israa’ (17) : 79

TATACARA RINGKAS MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD

A) Tatacara Solat Tahajjud Dua Rakaat

Rakaat Pertama

1)      Berniat
                                 Daku menunaikan solat sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta'ala
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

 

Ulangilah solat dua rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solat Tahajjud dan Witir) tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.


Doa Solat Tahajjud

Maksud: Ya Allah, untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalamnya. Untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah empunya langit dan bumi serta sekalian isinya. Untuk-Mu segala pujian, Engdaulah penyinar langit dan bumi dan mereka yang di dalamnya. Untuk-Mu segala pijian, Engkaulah yang benar, janji-Mu segala benar, berjumpa dengan-Mu kelak adalah benar, kata-kata-Mu adalah benar dan Muhammad saw itu benar dan hari kiamat itu benar.
Ya Allah, Kepada-Mu aku berserah, dan terhadap-Mu aku beriman, dan kepada-Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku akan kembali dan dengan-Mu aku berpegang teguh dan berdasarkan hukum-Mu aku bertindak. Kerana itu, Ampunilah segala dosaku yang lalu dan yang akan datang, begitu juga yang kusembunyikan mahupun yang kulakukan secara terang-terangan. Engkau Tuhan yang awal dan Engkau tuhan yang akhir (kekal), Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Engkau dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah.
 

Rukun Solat

Rukun Solat terdiri daripada 13 Rukun yang mana jika tidak ditunaikan maka tidaklah perbuatan itu digelarkan sebagai 'Solat'. Rukun-rukun solat adalah seperti berikut:

1) Berdiri betul
2) Niat
3) Takbiratul Ihram
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Rukuk dengan Tuma'ninah
6) Iktidal dengan Tuma'ninah
7) Sujud dengan Tuma'ninah
8) Duduk antara dua sujud dengan Tuma'ninah
9) Duduk tahiyat akhir
10) Membaca tahiyat akhir
11) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir
12) Salam
13) Tertib

Friday, 25 January 2013

Kewajipan Mengerjakan Solat

Antara dalil-dalil yang berkaitan kewajipan solat adalah seperti berikut:

1) "Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk" (al-Baqarah:43)

2) "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar" (al-Ankabut:45)

3) "Kemudian apabila kamu berasa tenteram berada dalam keadaan aman, dirikanlah solat itu dengan sempurna sebagaimana biasa. Seseungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya" (an-Nisa':103)

Sebagai seorang yang mengaku Islam, hendaklah kita mempelajari dan faham tentang apa itu solat dan cara-cara mengerjakannya. Solat ini adalah berkait rapat dengan ibadah-ibadah yang lain dan solat yang sebenar-benar solat akan mencegah kita daripada melakukan amalan-amalan yang keji dan mungkar. Apa yang akan saya terangkan di sini adalah pengertian solat, rukun solat, syarat sah solat dan perkara-perkara yang membatalkan solat.